Satu keluarga menangis - Berita Semasa | mStar

Satu keluarga menangis

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2018 8:20 AM

Rasman ketika bersiaran di Facebook Live Edisi Selatan pada Ahad. - foto Sinar Harian

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sedili Rasman Ithnain yang kini bergelar adun Bebas mengaku bingung selama dua hari selepas mengumumkan keluar parti setelah lebih 10 tahun bersama Umno dan BN.

Menurutnya, keputusan itu juga menyebabkan ahli keluarganya menangis sebelum mencadangkan kepadanya menunaikan umrah.

"Saya jangkakan anak saya tak ambil tahu ayahnya sebagai wakil rakyat sebab saya terlibat politik dari ketua pemuda bahagian selama lima tahun, wakil rakyat 10 tahun, sekarang lagi lima tahun. Dua hari saya bingung selepas umum keluar parti tapi saya tahu tindakan saya itu betul.

"Alhamdulillah selepas bincang dengan keluarga ketika nak buat keputusan itu kami menangis satu keluarga. Keluarga sedih lebih daripada saya jadi saya ada kekuatan dan keyakinan masa tu. Atas faktor itu keluarga suruh saya kerjakan umrah minta (petunjuk) daripada ALLAH,” katanya.

Rasman berkata, semangat baharu dibawa balik ke tanah air satu dan membuatkannya lebih berkeyakinan serta mahu berusaha membantu rakyat Dun Sedili yang memerlukan wakil rakyat.

"Atas faktor itu saya akhirnya setuju untuk beri penjelasan kepada pengundi, jabatan dan rakyat Dun ini berkenaan keputusan diambil.

"Permulaan, saya pergi warung-warung. Alhamdulillah yang baiknya selepas saya umum keluar parti kita dipertemukan dengan Ramadan, orang ramai datang jumpa, dialog dari hati ke hati.

Menurutnya, melalui penjelasan diberikan, pengundi mulai faham dan pejabatnya kini terima banyak surat aduan penduduk.

"Saya yakin dengan gerak kerja dan semangat baru, tidak berada di takuk lama berdepan pengundi,” katanya. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Adun Sedili , Umno
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan