SPRM nafi beku akaun derma bantu Najib - Berita Semasa | mStar

SPRM nafi beku akaun derma bantu Najib

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2018 3:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengeluarkan arahan untuk membekukan akaun bank yang dibuka bagi membayar ikat jamin bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Ahad, portal berita The Malaysian Insight melaporkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki (gambar) berkata, pihak yang berkenaan perlu merujuk kepada bank untuk mendapatkan penjelasan dan bukannya daripada SPRM.

"Sepatutnya, saya tidak perlu komen berkenaan ini memandangkan mereka (penyokong) tidak menunding jari kepada kami.

"Tapi, bagi menjelaskan perkara ini, SPRM tidak membekukan akaun tersebut," kata beliau.

Terdahulu, Ketua Umno Wanita Bahagian Pekan, Datuk Zalmah Abdul Rahman memberitahu portal berita The Malay Mail pada Sabtu bahawa akaun Bank Rakyat yang dibuka untuk membayar ikat jamin Najib dibekukan.

Menurut posting 'Bebas Najib' di Facebook, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii yang mengutip danan itu berkata wang terkumpul setakat pukul 5 petang Jumaat adalah RM223,908.

Derma itu bertujuan membantu Najib membayar baki wang ikat jamin berjumlah RM500,000 pada Isnin ini.

Tags / Kata Kunci: Najib Razak , 1MDB , SPRM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan