Menteri tolak ambulan rosak, bakar kolestrol 'jamuan raya' - Berita Semasa | mStar

Menteri tolak ambulan rosak, bakar kolestrol 'jamuan raya'

Diterbitkan: Sabtu, 7 Julai 2018 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Tindakan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun membantu menolak sebuah ambulan rosak ketika beliau dalam perjalanan pulang dari jamuan raya Bersatu di Bukit Merah, di sini, mendapat reaksi pelbagai daripada netizens.

Ada yang berbaur positif malah ada juga negatif namun tidak dinafikan tindakan sebegitu terutamanya melibatkan menteri yang turun sama membantu wajar dipuji.

Rina memuat naik videonya membantu ambulans tersebut dalam laman Twitternya pada Jumaat dan tidak sampai sejam, sudah ada netizens meninggalkan komen pada statusnya itu.

"Bantu menolak ambulan yang rosak di tengah highway (lebuhraya) semasa terperangkap kesesakan dua jam setengah.

"On the way (dalam perjalanan) balik dari PPBM event (majis Bersatu) di Bukit Merah. Bakar sikit kolestrol lepas jamuan raya," katanya dalam status itu.

Difahamkan, terdapat kemalangan berlaku berhampiran Terowong Menora menyebabkan kesesakan teruk berlaku melibatkan ribuan kenderaan sehingga menyebabkan laluan kontra terpaksa dibuka.

Kesesakan bermula pada jam 8 malam semalam dan dikatakan masih sesak sehingga pukul 1.30 pagi akibat kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan ikan yang terbabas dan merentangi jalan di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, di sini. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Rina Mohd Harun
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan