Timbalan menteri sedia jumpa Sajat, Safiey - Berita Semasa | mStar

Timbalan menteri sedia jumpa Sajat, Safiey

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2018 10:43 PM

Sajat (kiri) dan Safiey.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh bersedia menemui dua usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias yang dikatakan menghadapi konflik identiti diri bagi membantu mereka kembali kepada fitrah.  

Fuziah yang mempunyai latar belakang dalam bidang kauseling berkata, konflik dalaman kedua-dua personaliti itu perlu diselesaikan dengan pendekatan berhemah, bukan dengan membenci mereka.

"Saya tidak mengatakan apa yang dilakukan mereka itu betul dan boleh diterima kerana yang haram tetap haram, tapi pendekatan dakwah yang perlu diambil ... bukan dengan cara menghukum," katanya semasa ditemui Bernama pada Jamuan Aidilfitri Maahad Tahfiz Negeri Pahang di sini, Jumaat.  

Nur Sajat dan Safiey Ilias yang merupakan usahawan terkenal dipercayai menghadapi konflik identiti diri dan saling menyindir antara satu sama lain di laman sosial masing-masing.  

Fuziah menambah pengalamannya sendiri pernah menyaksikan golongan lelaki yang menyerupai wanita kembali kepada fitrah apabila didekati secara berhemah. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Nur Sajat , Safiey Ilias
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan