Isu Sajat-Safiey: Caprice enggan ulas, bawa penyembur nyamuk! - Berita Semasa | mStar

Isu Sajat-Safiey: Caprice enggan ulas, bawa penyembur nyamuk!

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2018 4:24 PM

Caprice. (Gambar kecil, atas) Safiey dan Sajat (gambar kecil, bawah).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi rap, Caprice diketahui umum sering memberikan pandangan mengenai isu semasa dan tular yang hangat diperkatakan di media sosial.

Terbaru, Caprice muncul untuk isu melibatkan dua usahawan cantik, Nur Sajat dan Safiey Ilias.

Tidak dipastikan sama ada terdapat konflik antara Sajat dan Safiey, tetapi masing-masing telah memuat naik status berbaur sindiran, dipercayai ditujukan kepada mereka sesama sendiri.

Pada petang Jumaat, Caprice memuat naik video mengenai Sajat dan Safiey, dipercayai selepas pengikutnya meminta beliau memberikan ulasan mengenainya.

Bagaimanapun, Caprice memberitahu beliau enggan bercakap mengenai kedua-dua ahli perniagaan itu.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Namun beliau menasihatkan para pengikutnya supaya tidak terlibat dengan ‘catfight’ atau pergaduhan antara dua wanita.

“Anda tidak mahu mengambil risiko kerana ia berbahaya,” katanya.

Caprice kemudian meminta para pengikutnya menonton beberapa rakaman kucing bergaduh sebagai gambaran kepada ‘catfight’ yang dinyatakannya.

Menurut ruangan komen, kebanyakan netizen menyifatkan video kucing bergaduh itu sesuatu yang lucu dan pada masa yang sama mempersoalkan motif Caprice meletakkan penyembur racun bagi membunuh nyamuk.

Caprice bagaimanapun tidak menjelaskan tujuan penyembur berkenaan dibawa masuk semasa rakaman video dibuat.

Tags / Kata Kunci: Caprice , Nur Sajat , Safiey Illias
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan