Jamal tiba di Mahkamah Majistret Ampang - Berita Semasa | mStar

Jamal tiba di Mahkamah Majistret Ampang

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2018 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos tiba di Mahkamah Majistret Ampang sambil diiringi pihak polis bagi menghadapi beberapa pertuduhan.

Jamal yang mengenakan pakaian serba hitam tiba pada pukul 3.57 petang Khamis dan dibawa ke lokap untuk memberikan keterangan.

Pemimpin Gerakan Baju Merah Malaysia itu dijangka didakwa di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan di mahkamat tersebut.

Ahli politik itu diiringi oleh beberapa pegawai polis ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Jakarta, kira-kira pukul 3.15 petang Khamis.

Jamal ditahan ketika sedang mendapatkan perkhidmatan di salon rambut di Jakarta Selatan pada Isnin.

Beliau sedang disiasat untuk sekurang-kurangnya enam pertuduhan termasuk mencetuskan kekecohan awam dengan memecahkan botol alkohol sebagai tanda bantahan ke atas Better Beer Festival 2017.

Insiden itu berlaku di bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor pada 5 Oktober tahun lalu.

Pihak polis melancarkan pencarian ke atasnya selepas hilang daripada wad di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei.

Waran tangkapan dikeluarkan ke atas Jamal pada 1 Jun kerana melarikan diri daripada tahanan yang sah.

Tags / Kata Kunci: Jamal Yunos
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan