Zahid gesa Mas Ermieyati letak jawatan - Berita Semasa | mStar

Zahid gesa Mas Ermieyati letak jawatan

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2018 8:53 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin disaran agar meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan Mas Ermieyati dalam PRU14 lalu, bukan disebabkan oleh faktor dirinya sebaliknya parti yang diwakilinya.

Oleh itu, adalah wajar katanya, untuk Mas Emeryati melepaskan jawatan sekiranya beliau 'ada maruah'.

"Kita pendirian bahawa ahli-ahli Parlimen Umno yang bertanding atas nama BN bukan memperoleh kemenangan atas kapasiti diri atau peribadi.

"Jika mereka merupakan ahli parlimen  yang bermaruah mereka hendaklah meletakan jawatan dan sanggup hadapi pilihan raya kecil (PRK) ," katanya dalam sidang medianya di PWTC, di sini, Rabu.

Zahid berkata demikian mengulas tindakan Mas Ermieyati yang mengumumkan keluar daripada Umno dan menjadi ahli parlimen bebas.

Dalam kenyataannya, Mas Ermieyati berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat reaksi, sentimen dan sikap sebenar ahli Umno yang masih dalam sindrom penafian termasuk harapan untuk melihat mereka memilih sekurang-kurangnya 70 peratus muka baru yang berwibawa dalam pemilihan Umno di pelbagai peringkat tidak kesampaian.

Tindakan Mas Ermieyati itu juga menyaksikan kerusi BN berkurang kepada 51 kerusi selepas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali turut mengumumkan keluar parti sebelum ini.

BN hanya mempunyai 54 kerusi yang dimenangi pada PRU14 9 Mei lalu selepas beberapa parti komponen keluar dari gabungan tersebut termasuk parti di Sarawak yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS). - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Mas Ermieyati , Ahmad Zahid Hamidi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan