Wartawan antarabangsa cedera ketika liputan kes Najib - Berita Semasa | mStar

Wartawan antarabangsa cedera ketika liputan kes Najib

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2018 11:28 AM

Media berkumpul di perkarangan mahkamah Jalan Duta sejak awal pagi lagi. Foto Ong Soon Hin/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wartawan media antarabangsa mengalami cedera ringan ketika membuat liputan berkenaan pendakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, Rabu.

Menurut wartawan yang enggan dikenali ia berlaku semasa kekecohan ketika ketibaan Najib memasuki pintu utama kompleks mahkamah berkenaan.

“Ia berlaku kepada beberapa pemberita lain apabila kami cuba mengambil gambar Najib. Selain saya, ada dua lagi juru gambar dan dua pemberita cedera,” katanya.

Menurutnya, seorang wartawan wanita telah pergi ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami pendarahan pada hidungnya ketika kejadian tolak-menolak sebentar tadi.

Najib ditahan berkaitan kes dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , wartawan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan