"Ini bukan karaoke, ini mahkamah" - polis tegur penyokong Najib - Berita Semasa | mStar

"Ini bukan karaoke, ini mahkamah" - polis tegur penyokong Najib

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2018 1:26 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis melarang penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membuat bising ketika berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Rabu.

Tindakan lebih 100 penyokong bekas perdana menteri itu bersorak 'selamatkan Najib' serta menyanyikan lagu 'Allah selamatkan Najib' dilihat tidak menghormati mahkamah sebagai kawasan larangan.

Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata, apa juga bentuk sokongan terhadap Najib boleh dilakukan di luar kompleks berkenaan.

"Ini bukan karaoke, ini mahkamah," katanya menegur kumpulan itu.

Kumpulan berkenaan diketuai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tun Faisal Ismail Aziz.

Bagaimanapun Tun Faisal dilihat berdegil dengan arahan berkenaan malah mempertahankan tindakan mereka.

"Kalau bawa ganja, di sini pun boleh tangkap. Sekarang ini mengapa tak boleh bercakap di sini? Kenapa tak boleh menyanyi?

"Ini bukan luar mahkamah, mahkamah di dalam. Kalau di dalam memanglah tak boleh," katanya.

Tags / Kata Kunci: Najib Razak , 1MDB
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan