"Bukan semua lelaki kahwin budak 11 tahun" - Mohd Amar - Berita Semasa | mStar

"Bukan semua lelaki kahwin budak 11 tahun" - Mohd Amar

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2018 3:05 PM

Mohd Amar Nik Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Isu kahwin dengan kanak-kanak 11 tahun tidak perlu diperbesarkan dan disensasikan sehingga menampakkan kesalahan Kerajaan Negeri Kelantan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk  Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semua pihak perlu sedar perkahwinan tersebut berlaku di selatan Thailand dan bukannya di Kelantan.

Menurutnya, perkahwinan di usia muda sudah menjadi perkara biasa sejak zaman dahulu lagi dan lebih baik kerajaan memberi tumpuan kepada perkara bertentangan dengan tuntutan agama.

“Saya rasa benda ini tidak sepatutnya disensasikan sebab saya selalu sebut, isu zina, anak luar nikah, gay dan lesbian ini isu yang lebih besar kepada negara.

“Isu ini (kahwin budak 11 tahun) dari segi agama tidak salah dan tidak patut perbesarkan menjadi isu sebagai isu negara, benda ini terpencil, bukan semua lelaki kahwin dengan budak berusia 11 tahun,” katanya kepada media pada Rabu.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menjalankan siasatan berhubung isu terbabit.

Katanya, sebarang cadangan penambahbaikan peraturan akan diusulkan oleh jabatan berkenaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

“Kita tengok dulu keputusan dan pengurusan yang dibuat oleh jabatan...Kalau benda ini bercanggah dengan peraturan  dan undang-undang tindakan  akan diambil,” katanya. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Mohd Amar Nik Abdullah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan