Anwar keluar hospital - Berita Semasa | mStar

Anwar keluar hospital

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2018 12:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan keluar hospital malam Selasa selepas menerima rawatan selama 10 hari di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Anwar sempat mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan terlibat dan rakyat yang mendoakan kesihatannya.

“Alhamdulillah, semalam telah dibenarkan keluar dari PPUM usai jalani rawatan rapi daripada 23 Jun lepas.

“Sekalung penghargaan buat doktor dan perawat yang penuh efisien. Terima kasih juga buat semua atas doa yang tidak putus. Semoga dikembalikan kebaikan yang sama buat semua. Amiin,” tulisnya di Facebook.

Sebelum ini, Anwar dikejarkan ke PPUM selepas mengadu sakit bahagian bahu dan belakang ketika baru tiba di rumahnya di Bukit Segambut dari Turki, 23 Jun lalu.

Sebelum ini, Anwar menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur sebelum dibebaskan daripada hukuman penjara pada 16 Mei lalu.

Anwar juga pernah menjalani pembedahan bahu kanan pada Mac lalu.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , PKR
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan