"Terima kasih semua" - Anwar - Berita Semasa | mStar

"Terima kasih semua" - Anwar

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2018 3:52 PM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

Penasihat PKR itu turut memuatnaik mesej video yang sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kesihatan. Saya pun turut mendoakan bagi semua," katanya dalam video pendek itu pada Rabu.

Beliau sedang berbaring di atas katil dengan memakai pakaian hospital semasa video tersebut diambil.

Ketua Umum Pakatan Harapan itu dimasukkan ke PPUM selepas mengadu sakit bahu dan belakang sejurus pulang dari Turki pada 23 Jun lalu.

Anwar pernah menjalani pembedahan laparoskopik bagi merawat kecederaan pada bahu kanannya, November lalu.

Kecederaan bahu Anwar pada asalnya kerana kemalangan pada 2014 di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Beliau berjaya menjalani fisioterapi tetapi kesakitan itu semakin teruk.

Keadaan Anwar merosot selepas kemalangan pada 22 September lalu apabila kenderaan pengiring melanggar bahagian belakang kenderaan penjara yang membawa beliau dari Hospital Kuala Lumpur ke penjara.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan