Lebih 400 ribu peminjam PTPTN 'dibebas' dari senarai hitam - Berita Semasa | mStar

Lebih 400 ribu peminjam PTPTN 'dibebas' dari senarai hitam

Diterbitkan: Selasa, 26 Jun 2018 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih daripada 400,000 peminjam pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditarik daripada senarai hitam perjalanan Jabatan Imigresen.

Pengerusi PTPTN yang baharu dilantik Wan Saiful Wan Jan berkata keseluruhan "senarai putih" berjumlah 429,945 peminjam diselesaikan pada 8 Jun, seminggu lebih awal daripada yang dijadualkan.

"Ini juga memenuhi manifesto 100 hari Kerajaan bagi rakyat Malaysia," katanya di pejabat PTPTN pada Selasa.

Walaupun nama mereka telah dikeluarkan dari senarai hitam imigresen, Wan Saiful menasihati peminjam agar terus membayar pinjaman pendidikan mereka.

Tags / Kata Kunci: PTPTN , bebas , senarai hitam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan