"Dia tersilap bukan sengaja" - Berita Semasa | mStar

"Dia tersilap bukan sengaja"

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2018 6:56 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Cuma kesilapan kecil saja", ujar Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu kenyataan rasmi dalam Bahasa Mandarin yang dikeluarkan menteri kewangan.

Perdana Menteri memberitahu, beliau tidak mahu menjadikannya perkara itu melibatkan Lim Guan Eng itu sebagai isu besar.

"Kadang-kala kita buat kesilapan. Dia tersilap bukan sengaja.

"Saya fikir beliau patut ada tiga bahasa, untuk pembaca Cina dalam bahasa Cina. Itu sahaja," ujarnya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Isnin.

Baru-baru ini tindakan Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan dalam Bahasa Mandarin telah menimbulkan kritikan pelbagai pihak kerana dianggap mengetepikan bahasa kebangsaan.

Meskipun kenyataan rasmi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris turut dikeluarkan, ramai mempersoalkan rasionalnya terjemahan dalam Bahasa Mandarin itu.

Bagaimanapun, Guan Eng mempertahankan tindakan mengeluarkan kenyataan dalam tiga bahasa, yang menekankan kepelbagaian bahasa di negara ini.

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir , Lee Guan Eng
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan