Anwar tidak dibenarkan terima pelawat - Berita Semasa | mStar

Anwar tidak dibenarkan terima pelawat

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2018 1:14 PM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimasukkan ke hospital semalam tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar masuk hospital

Melalui satu kenyataan dikeluarkan keluarganya, kini pihak doktor sedang memantau dan menilai keadaan beliau.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya disebabkan kecederaan tulang belakang (Prolaps Disc).

“Pihak keluarga dinasihati dan diminta untuk tidak menerima kunjungan pelawat pada saat ini kerana beliau sedang menjalani rawatan penting dan masih dalam tempoh pemerhatian,” kata kenyataan itu.

Pada Sabtu, Anwar dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengadu sakit di bahu dan bahagian belakang sebaik tiba dari Turki.

Pihak keluarga sempat memanjatkan rasa syukur atas doa dan sokongan yang dihulurkan.

“Keluarga sedang bersama beliau pada saat ini. Pihak keluarga rasa bersyukur atas doa, sokongan dan keprihatinan oleh semua pihak terhadap keadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pihak keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana memahami,” katanya.

Sebelum ini, Anwar menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur sebelum dibebaskan daripada hukuman penjara pada 16 Mei lalu.

Anwar juga pernah menjalani pembedahan bahu kananya pada Mac tahun ini. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan