Anwar masuk hospital - Berita Semasa | mStar

Anwar masuk hospital

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2018 7:43 AM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Sabtu malam berikutan masalah bahu kanan serta bahagian belakang beliau.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Anwar telah dibawa dari kediamannya di Bukit Segambut menaiki ambulans menuju wad kecemasan PPUM.

"Beliau dibawa ke PPUM kerana mengadu kesakitan di bahu serta bahagian belakang selepas pulang dari Turki hari ini. Bagaimanapun, difahamkan keadaan beliau kini stabil," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kunjungan Anwar ke Turki bermula Khamis lepas, adalah atas jemputan Presiden, Recep Tayyip Erdogan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan