Tiga sayap Umno memilih kepimpinan baharu hari ini - Berita Semasa | mStar

Tiga sayap Umno memilih kepimpinan baharu hari ini

Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2018 9:37 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Pergerakan sayap Umno iaitu, Wanita, Pemuda dan Puteri bermula Sabtu yang berlangsung serentak dengan pemilihannya di seluruh negara.

Tiga calon akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita iaitu Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Azizah Mohd Dun.

Seramai empat calon pula akan bertanding jawatan Naib Ketua Wanita, 81 calon bertanding jawatan anggota jawatankuasa, selain dua bagi jawatan pengerusi tetap dan empat bagi jawatan timbalan pengerusi tetap sayap itu.

Bagi Pergerakan Pemuda pula, seramai sembilan individu disenaraikan bertanding merebut jawatan itu termasuk Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun, anggota Majlis Tertinggi Datuk Dr Asyraf Wadji Dusuki, Ketua Pemuda Pahang Mohd Shahar Abdullah serta Ketua Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Sembilan calon pula bertanding untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, 184 calon bertanding untuk anggota jawatankuasa pergerakan itu, dua calon bagi jawatan pengerusi tetap dan tiga bagi jawatan timbalan pengerusi tetap.

Jawatan Ketua Pergerakan Puteri pula menyaksikan persaingan di antara Naib Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan dan exco Puteri Nor Hazreena Mohamad Hashim.

Seramai lima calon lain akan merebut jawatan naib ketua, 71 calon akan bertanding sebagai anggota jawatankuasa dan dua calon untuk jawatan pengerusi tetap.

Jawatan timbalan pengerusi tetap pula dimenangi Salbiah Saari selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan tersebut. – MediaUmno

Tags / Kata Kunci: Umno , Wanita , Pemuda , Puteri
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan