Ahmad Zahid setuju debat - Berita Semasa | mStar

Ahmad Zahid setuju debat

Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2018 8:35 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju untuk berdebat dengan dua lagi calon presiden parti itu pada 29 Jun nanti.

Memetik laporan Astro Awani, Zahid meletakkan syarat agar beliau dibenarkan untuk bersiaran dari Bagan Datuk bersama penyokongnya.

“Jika bukan atas memecahkan-belahkan hingga menyebabkan ada tiga kem, maka saya bersetuju untuk berdebat.

“Tetapi syaratnya saya di Bagan Datuk kerana malam itu saya perlu berada bersama bahagian saya,” katanya dalam temubual 100 Hari Malaysia Baharu.

Sebelum ini, dua lagi calon merebut jawatan presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin telah menyatakan persetujuan untuk berdebat.

Debat ketiga-tiga calon presiden Umno ini akan disiarkan secara langsung pada 29 Jun ini pukul 9.30 malam. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid , debat , Umno
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan