Bukan semua dalam Umno itu rosak, punah - Berita Semasa | mStar

Bukan semua dalam Umno itu rosak, punah

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2018 8:31 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Umno mampu kembali pulih dan menjadi pembangkang yang bertanggungjawab.

Memetik laporan Astro Awani, Anwar percaya parti itu sedang melalui saat yang getir dan memerlukan semangat baharu.

"Dia hidup dalam budaya kuasa dan budaya wang yang cukup banyak dan untuk bertahan, parti itu memerlukan semangat baharu," katanya dalam satu temubual.

Tambahnya, Umno mempunyai hak sebagai sebuah parti politik untuk bangkit dan memainkan peranan dalam arena politik negara.

"Mustahil kalau kita kata semua dalam Umno itu rosak, punah belaka. Itu tak betul.

"Pengalaman kalah teruk dan perpecahan dalaman BN pastinya mendewasakan Umno dan mudah-mudahan parti itu berperanan memantau Pakatan Harapan dan menjadi suara yang berkesan di Parlimen sebagai pembangkang," ujarnya. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Umno
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan