Sindiket seludup lebih 100,000 pekerja dari Bangladesh - Berita Semasa | mStar

Sindiket seludup lebih 100,000 pekerja dari Bangladesh

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2018 10:11 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Satu sindiket pemerdagangan manusia yang diterajui seorang ahli perniagaan warga Bangladesh yang didakwa ada kaitan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), memperoleh sekurang-kurangnya RM2 bilion dalam masa dua tahun dari pekerja Bangladesh yang mencari pekerjaan di Malaysia.

Siasatan mendedahkan pekerja membayar RM20,000 setiap seorang kepada ejen tempatan yang kemudian membayar separuh daripada jumlah itu kepada sindiket berkenaan untuk memudahkan kelulusan permit kerja dan tiket penerbangan ke Malaysia.

Difahamkan sejak akhir 2016, lebih 100,000 pekerja Bangladesh dibawa ke negara ini melalui sistem tersebut manakala lebih 100,000 lagi masih menunggu giliran mereka.

Siasatan kami turut mendedahkan bahawa ahli perniagaan yang mempunyai gelaran 'Datuk Seri' merupakan dalang di sebalik sindiket pemerdagangan manusia yang dijalankan secara teratur itu.

Oleh kerana pengaruh politiknya yang kuat di Malaysia dan Bangladesh, ahli perniagaan tersebut juga berperanan menyatukan kedua-dua negara menandatangani perjanjian kerajaan kepada kerajaan pada 2016, membenarkan hanya 10 syarikat dari Bangladesh untuk merekrut pekerja asing ke Malaysia.

Menurut sumber, ada dikalangan dari 10 ejen berdaftar itu bertindak sebagai orang tengah antara pekerja dan bakal majikan di negara ini.

Walaupun terpaksa membayar sebanyak RM20,000, keseluruhan proses dari dokumentasi dan pengangkutan pekerja ke Malaysia ejen tersebut hanya membelanjakan kurang RM2,000 untuk seorang pekerja.

"'Datuk Seri' tersebut semakin kaya, pembantu yang rapat dengannya dan juga rakan perniagaannya hidup mewah.

"'Datuk Seri' itu juga berkongsi sebahagian wang yang diperoleh dengan ahli politik dan kakitangan kerajaan dari kedua-dua negara," kata sumber.

Menurut sumber, 'Datuk Seri' terbabit berusia dalam lingkungan 40-an dan berkahwin dengan warga Malaysia selama lebih 15 tahun.

Untuk memudahkan sistem operasi yang lancar dan memastikan kepentingan 10 syarikat terbabit, 'Datuk Seri' terbabit juga mewujudkan satu sitem pendaftaran dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Perkhidmatan Pekerjas Asing (SSPA), satu-satunya sitem yang boleh digunakan untuk mengambil pekerja Bangladesh.

Sebelum SPPA diperkenalkan, Bangladesh hanyalah salah satu daripada beberapa negara sumber termasuk Indonesia, India, Nepal, Pakistan dan Myanmar yang membekalkan tenaga kerja asing ke Malaysia.

"Majikan dikehendaki membayar RM305 untuk setiap pekerja yang diambil dari Bangladesh dibawah SPPA yang dikendalikan sebuah syarikat swasta bernama Bestinet Sdn Bhd.

"Wang yang dikutip dibawah SPPA dibayar kepada Bestinet sebagai caj perkhidmatan untuk pengagihan pekerja kepada majikan mereka melalui 10 syarikat," kata sumber itu.

Pekerja asing dari negara sumber lain hanya perlu membayar sejumlah RM2,500 untuk bekerja di Malaysia, katanya.

Bestinet juga merupakan syarikat yang membangunkan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang digunakan Jabatan Imigresen bagi permohonan visa pekerja asing.

Tags / Kata Kunci: pemerdagangan manusia , Bestinet
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan