Ahmad Zahid sedia isytihar aset - Berita Semasa | mStar

Ahmad Zahid sedia isytihar aset

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2018 8:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata beliau bersedia untuk mengisytiharkan aset miliknya seperti Ahli Parlimen Rembau dan veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Mereka bertiga adalah antara lima calon yang bertanding untuk jawatan tertinggi parti yang akan berlangsung pada 30 Jun.

"Saya tiada masalah dengan itu. Saya tiada apa-apa untuk disorokkan," katanya kepada pemberita pada sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Umno di sini.

Terdahulu, Khairy yang juga ketua pemuda Umnor berkata, beliau bersedia untuk bersemuka dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh dalam debat yang dijadualkan pada 29 Jun.

Menerusi temubual bersama Astro Awani, Tengku Razaleigh turut mencadangkan semua anggota Umno yang bertanding pada pemilihan parti untuk mengisytiharkan aset mereka bagi membuktikan mereka tiada apa-apa untuk disembunyikan.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid , Umno
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan