Calon layak tanding Pemilihan Umno 2018 dimuktamad - Berita Semasa | mStar

Calon layak tanding Pemilihan Umno 2018 dimuktamad

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2018 7:52 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Senarai penuh calon bagi pemilihan Umno akhir bulan ini telah dimuktamadkan pada Khamis.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ibu pejabat parti telah membuat semakan terhadap calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam Pemilihan Umno 2018.

"Senarai calon-calon bagi peringkat pusat yang telah disemak oleh pihak Insolvensi dan juga mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan untuk bertanding, (ia) boleh dimuatturun menerusi http://www.umno-online.my/calonpemilihan2018/.

"Bagi senarai peringkat Bahagian boleh merujuk terus kepada Badan Perhubungan Umno Negeri atau Bahagian masing-masing," katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Menerusi pautan tersebut, lima calon presiden yang disenaraikan ialah Tengku Razaleigh Hamzah, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Mohamed Iqbal Maricair, Mohd Yusof Musa@ Jamaluddin.

Bagi jawatan ketua sayap parti, calon yang bertanding adalah seramai tiga calon (Wanita), sembilan calon(Pemuda)dan dua calon (Puteri).

mStar Online pada Isnin melaporkan, pengumuman senarai calon yang dimuktamadkan untuk pemilihan Umno akan datang terpaksa ditangguhkan.

Tags / Kata Kunci: Pemilihan Umno
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan