Saya tidak akan kekal popular selamanya - Tun M - Berita Semasa | mStar

Saya tidak akan kekal popular selamanya - Tun M

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2018 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya populariti beliau tidak akan kekal selama-lamanya.

"...saya tidak boleh popular selama-lamanya, suatu hari nanti saya akan menjadi tidak popular kerana apabila anda berada dalam kerajaan, anda perlu melakukan perkara yang tidak popular.

"Itu bukan sesuatu yang kekal," kata Dr Mahathir dalam wawancara dengan South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris yang berpangkalan di Hong Kong.

Walaupun berpotensi menjadi tidak popular, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia lebih sukakan kehidupan mereka ketika beliau mentadbir negara sebelum ini berbanding semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia bermula pada Julai 1981 hingga Oktober 2003.

Beliau menjadi perdana menteri tertua di dunia pada usia 93 tahun apabila menerajui kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

SCMP turut bertanya sama ada Dr Mahathir akan kekal sebagai perdana menteri lebih dua tahun.

"Saya tidak tahu sama ada orang ramai akan benarkan saya kekal lebih lama," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tun M
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan