Kedudukan ATM di Arab Saudi dinilai semula - Berita Semasa | mStar

Kedudukan ATM di Arab Saudi dinilai semula

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2018 11:26 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang menilai semula keputusan kerajaan sebelum ini yang menempatkan satu pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Arab Saudi.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata pasukan itu berada dalam keadaan siap siaga untuk evakuasi rakyat Malaysia di Yaman.

"Malaysia sama sekali tidak pernah terlibat dalam operasi menyerang Yaman yang juga sebuah negara Islam.

"Sungguhpun begitu, kehadiran ATM di Arab Saudi secara tidak langsung menyebabkan Malaysia terperangkap dengan konflik di Timur Tengah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Malaysia sentiasa mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana ideologi politik kuasa-kuasa besar dunia.

Malah katanya, kerajaan Malaysia terlibat secara aktif dalam Pergerakan Negara-Negara berkecuali (NAM) dan pernah mempengerusikannya.

"Kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat mengenai perkara ini selepas penilaian semula selesai dijalankan," katanya.

Tags / Kata Kunci: ATM , Mat Sabu , Yaman
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan