Selepas Lavida Raya, Vida 'belanja' peminatnya lagu bola pula - Berita Semasa | mStar

Selepas Lavida Raya, Vida 'belanja' peminatnya lagu bola pula

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2018 3:24 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas sambutan luar biasa terhadap muzik video Lavida Raya, Datuk Seri Hasmiza Othman bakal tampil dengan single terbaharu sempena Piala Dunia 2018.

Lagu ciptaan Cat Farish dari kumpulan Ruffedge itu diberi judul Lavida Bola dan akan dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Hasmiza ketika dihubungi mStar Online berkata muzik video itu masih di peringkat fasa penyuntingan akhir.

"Penggambaran muzik video itu sudah dirakam dan sekarang masih dalam proses penyuntingan akhir.

"Insya-Allah ia akan dilancarkan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata, idea untuk menghasilkan lagu terbaharu itu timbul kerana bola sepak amat dekat dengan jiwanya.

"Saya pernah menaja pasukan bola sepak Kelantan sebelum ini, jadi bola sepak masih ada dalam jiwa saya," katanya.

Usahawan kosmetik itu tampil berduet dengan penyanyi Mimi Fly untuk lagu tersebut.

Muzik video itu turut menampilkan dua anaknya, Cik B dan juga Kacak.

Jelas Vida, lagu berentak catchy ini menceritakan keghairahan dirinya meraikan temasya empat tahun sekali itu.

"Tahun ni Raya Bola, sebab tu lagu Lavida Raya bunyi ala-ala mood bola.

"Tu baru warming up bola, saya suka bola. Ni cara saya berbola... lagu Lavida Bola," katanya.

Vida turut memuat naik sedutan pendek muzik video tersebut untuk pengikutnya di Instagram, dua hari lalu.

Setakat ini sedutan pendek itu sudah mendapat hampir 700,000 tontonan dan 41,515 tanda suka di Instagram.

Tinjauan di ruangan komen video itu mendapati rata-rata pengikutnya tidak sabar menanti muzik video tersebut dilancarkan.

@damianabilaa berkata:"Wow amazing, tak sabar nak dengar lagu penuh."

@nurilyanirazak berkata:"Intro pun dah best dengar ni DSV. Tak sabar nak tunggu Lavida Bola dilancarkan."

@ridhaaaa berkata:"Sepatutnya jadi official lagu world cup ni."

Tags / Kata Kunci: Lavida Bola , Datuk Vida
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan