Kelar anak: JKM Pahang beri khidmat kaunseling - Berita Semasa | mStar

Kelar anak: JKM Pahang beri khidmat kaunseling

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2018 2:17 PM

Jenazah kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan yang dikelar ibunya sendiri selamat dikebumikan pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang kini memberi bantuan kaunseling kepada anggota keluarga kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan yang maut dikelar ibu kandungnya pada Ahad lalu.

Pengarahnya Zulkhairi Zainol Abidin berkata selain suami suspek, kauseling melibatkan dua lagi anak mereka yang berusia tujuh dan lima tahun bagi memastikan mereka tidak mengalami trauma akibat kejadian.

"JKM juga memberikan bantuan tabung segera sebanyak RM300 kerana difahamkan mereka mengalami masalah kewangan ekoran suami suspek yang bekerja sendiri jarang mendapat peluang kerja.

"Mereka banyak dibantu ibu suami suspek. Semakan JKM juga mendapati mereka tidak pernah memohon bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini," katanya semasa dihubungi, di sini Selasa.

Zulkhairi berkata JKM akan terus memantau keluarga itu dari semasa ke semasa dan bantuan akan diberikan mengikut keperluan dan kelayakan mereka.

Pada Ahad lalu, polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana dipercayai mengelar leher anaknya di bilik tidur rumah mereka di Felda Jengka 13, Maran selepas dipercayai mengalami halusinasi.

Kejadian dipercayai berlaku pada 8.40 malam selepas suspek membawa mangsa yang sebelum itu tidur di ruang tamu bersama-sama bapanya, masuk ke bilik tersebut.

Perbuatan itu disedari suami suspek yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Jengka namun mangsa disahkan telah meninggal dunia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: JKM , kelar anak
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan