Jamal akui masih dalam negara - Berita Semasa | mStar

Jamal akui masih dalam negara

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2018 7:30 AM

jamal yunos
(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Datuk Seri Jamal Md Yunos yang disenarai dalam sembilan calon Ketua Pemuda Umno mengakui beliau masih berada di dalam negara ini.

Menurutnya, beliau tidak berada di luar negara, jauh sekali melarikan diri seperti yang dihebahkan dalam media sosial atau mana-mana sumber.

"Terutama sekali, saya mahu menjelaskan kepada semua, saya tidak dijatuhkan hukuman undang-undang oleh mahkamah.

"Sehubungan itu, Insya-ALLAH, dalam waktu terdekat ini, saya akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan perkara-perkara yang disebut ke atas diri saya," katanya menerusi kenyataan dihantar seorang ahlinya dalam kumpulan aplikasi WhatsApp pada Isnin.

Jamal menegaskan, kerjasama itu akan dilaksanakan setelah yakin tidak ada penzaliman terhadap beliau oleh pihak-pihak tertentu.

Jamal menjadi buruan polis selepas gagal tampil dan memberikan kerjasama kepada polis berhubung siasatan dilakukan ke atasnya, menyebabkan pihak berkuasa itu mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Pada 25 Mei lalu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu didakwa atas tiga tuduhan ketika di Hospital Ampang Putri, Ampang, dan masih berbaki enam kes belum dituduh.

Jamal dituduh di hospital berkenaan atas kesalahan mempamerkan senjata api serta dua kesalahan lain sebelum menghilangkan diri selepas diikat jamin. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Jamal Md Yunos
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan