Dr Idris nafi dakwaan seleweng dana PTPTN - Berita Semasa | mStar

Dr Idris nafi dakwaan seleweng dana PTPTN

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2018 10:18 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam penyelewengan dana Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Saya difahamkan dakwaan tersebut dibuat menerusi media sosial.

"Ini adalah tindakan penipu dan pengecut," katanya pada sidang media di kediamannya pada Selasa.

Mesej yang tersebar di media sosial sejak Isnin mendakwa Dr Idris telah menyalahgunakan dana PTPTN untuk pelajar di Kolej Vision.

"Pihak pengurusan Kolej Vision mengesahkan bahawa mereka tidak mempunyai masalah atau kesalahan berkaitan PTPTN dan Kementerian Pengajian Tinggi sejak ia dibuka pada Julai 2005," katanya.

Dr Idris berkata beliau sudah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan tidak memerlukan wang yang didakwa.

"Rumah ini sendiri bernilai RM8 juta. Mengapa saya harus mengambil wang PTPTN?," katanya.

Dr Idris turut menegaskan beliau hanya ahli lembaga pengarah kolej berkenaan.

Malah beliau turut bertindak sebagai penasihat mengenai perkara berkaitan perubatan dari semasa ke semasa.

"Saya tidak mempunyai kedudukan pengurusan di sana," katanya menjawab dakwaan bahawa beliau memiliki sebuah kolej yang terletak di Kelana Jaya.

Sebuah laporan polis turut tular pada Isnin di balai polis Kota Damansara.

Tags / Kata Kunci: Dr Idris Ahmad
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan