MSC idea genius Tun M pencetus Alibaba - Jack Ma - Berita Semasa | mStar

MSC idea genius Tun M pencetus Alibaba - Jack Ma

Diterbitkan: Isnin, 18 Jun 2018 5:02 PM

Dr Mahathir (kiri) bersama Jack Ma semasa menerima kunjungan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra pada Isnin. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Inspirasi untuk membentuk Alibaba diilhamkan oleh Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia, kata Jack Ma.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba itu memberitahu, beliau membaca mengenai MSC di akhbar 20 tahun lalu dan mendapati idea tersebut memberi inspirasi.

"Saya fikir 'Wah, inilah idea genius, jika Malaysia boleh melakukan ini, kenapa China tidak, kenapa saya tidak dapat melakukan ini sendiri?'

"Jadi, Malaysia memberi inspirasi kepada saya untuk mewujudkan Alibaba," katanya semasa pelancaran pejabat nasional pertamanya di Kuala Lumpur, Isnin.

MSC ditubuhkan pada 1996 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, sementara Alibaba ditubuhkan pada 1999.

Tags / Kata Kunci: Alibaba , Jack Ma , Dr Mahathir Mohamad , MSC
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan