Jack Ma jumpa Tun M di Putrajaya - Berita Semasa | mStar

Jack Ma jumpa Tun M di Putrajaya

Diterbitkan: Isnin, 18 Jun 2018 11:04 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengasas dan ketua pegawai eksekutif Alibaba, Jack Ma bertemu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya pada Isnin.

Bernama memuat naik klip video pendek menerusi Twitter tentang pertemuan mereka yang sedang berlangsung secara tertutup.

Ma dipercayai mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan menteri kewangan Lim Guan Eng pada malam Ahad.

Pertemuan itu telah membawa kesan positif terhadap situasi kontrak tidak menguntungkan yang ditandatangani di antara beberapa syarikat China dan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, kata sumber.

Ma berada di Kuala Lumpur untuk membuka pejabat Alibaba di Bangsar South, Kuala Lumpur pada Isnin.

Ma merupakan salah seorang ahli perniagaan terkemuka China dan antara yang pertama bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi dari kerajaan Pakatan Harapan.

Tags / Kata Kunci: Jack Ma , Alibaba
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan