Ibu rayu derma darah O buat Adam Ziqri - Berita Semasa | mStar

Ibu rayu derma darah O buat Adam Ziqri

Diterbitkan: Isnin, 18 Jun 2018 11:10 AM

Keadaan Muhamad Adam yang terlantar di hospital akibat sindrom Myelodysplastic yang dialaminya. - Facebook

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hati ibu mana yang tidak luluh apabila melihat permata hatinya terlantar tidak bermaya dalam keadaan darah tidak henti mengalir keluar melalui mulut dan telinga.

Tambah menyayat hati apabila situasi ini berlaku ketika umat Islam merayakan sambutan Syawal ini.

"Ibu tak nak kehilangan adik, ibu tak sedia lagi," tulis Nurulnisa Othman pada posting yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu.

Menurut wanita itu, anaknya mengalami demam panas dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Muar pada hari raya kedua.

Pada awalnya, Nurulnisa dan suami keberatan untuk pulang beraya di Pontian pada hari raya pertama selepas melihat keadaan anaknya, Muhamad Adam Ziqri Mohd Zaki yang sudah mula berdarah di bahagian telinganya.

Namun, mereka sekeluarga bertawakkal untuk tetap pulang ke kampung selepas Adam meluahkan hasrat untuk keluar berjalan-jalan.

Demam 40'c ke atas Telinga berdarah Mulut berdarah Kali nie adam berkeras xnak g spital...pujuk punya pujuk br la...

Posted by Nurulnisa Othman on Saturday, June 16, 2018


Nurulnisa memuat naik posting tentang keadaan anaknya yang menghidapi sindrom Myelodysplastic menerusi Facebook.

"Alhamdulillah dipermudahkan...dua jam dekat rumah atok, babah (bapa) terus balik. Itu pun ada atok sahaja sebab adik-beradik babah yang lain dah pergi beraya.

"Raya kedua dah tak nak ke mana-mana, nak duduk rumah je. Jadi, ibu baringkan je adik dekat depan TV.

"Jam 6 baru pergi hospital... pergi kecemasan terus bahagian zon merah," tulisnya yang turut merayu agar orang ramai yang memiliki darah jenis O untuk datang menderma darah kerana mereka sekeluarga amat memerlukannya.

Menerusi posting tersebut, anak Nurulnisa dipercayai mengalami jantung berlubang dan sindrom Myelodysplastic iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan pembentukan sel darah tidak matang secara sepenuhnya.

Tambah Nurulnisa, anaknya memerlukan platlet darah hampir setiap hari dan masih ditahan di wad kerana keadaannya yang belum stabil.

"Alhamdulillah semalam (Ahad) selepas beberapa kali Adam muntah, panas badannya sudah turun.

"Malam tadi jugak masukkan darah merah, tapi darah kuning (platlet) sahaja yang tidak mencukupi dan setakat semalam pendarahan masih lagi berlaku," tulisnya.

Catatan Nurulnisa itu tular di Facebook dan rata-rata netizen mendoakan agar anaknya cepat sembuh selain ada yang menawarkan untuk datang menderma darah.

Setakat ini, posting tersebut menerima lebih 23,000 tanda suka (likes) dan mendapat 17,505 perkongsian.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan