Bekas Adun Tendong meninggal dunia - Berita Semasa | mStar

Bekas Adun Tendong meninggal dunia

Diterbitkan: Isnin, 18 Jun 2018 2:22 PM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Bekas Adun Tendong, Mohd Fauzi Mohamad meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, petang Ahad.

Allahyarham meninggal dunia pada jam 6.55 petang akibat penyakit kanser pankreas yang dihidapinya sejak tiga bulan lalu.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Durian, Bunut Susu pada jam 11 pagi Isnin.

Allahyarham menjadi Adun Tendong selama satu penggal pada 2004 hingga 2008.

Pada PRU11 Mohd Fauzi berjaya menewaskan calon Pas Wan Othman Wan Yusoff dengan majoriti 789 undi.

Mohd Fauzi memperoleh 6,852 undi manakala Wan Othman 6,063 undi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Fatimah Mohamad dan tiga orang anak.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Senator Datuk Hanafi Mamat.

Selain bekas Adun, Mohd Fauzi turut aktif dengan menggalas tugas sebagai Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Sepat. - Sinar Harian

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan