Trafik mula perlahan di lebuh raya utama - Berita Semasa | mStar

Trafik mula perlahan di lebuh raya utama

Diterbitkan: Ahad, 17 Jun 2018 7:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa laluan lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 5 petang ini berikutan orang ramai pulang selepas berakhirnya cuti umum sempena sambutan Aidilfitri.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik dilapor perlahan di Gopeng ke Tapah dan Bidor ke Sungkai berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

"Trafik juga perlahan dari Ipoh ke Hentian Simpang Pulai, Terowong Menora ke Jelapang serta di Kawasan Rehat  and  Rawat (R and R) Tapah.  

"Selain itu, aliran trafik dari Johor menuju ke ibu negara juga perlahan iaitu dari Senai ke Sedenak, Machap ke Ayer Hitam serta Bukit Gambir ke Tangkak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik dilaporkan perlahan  tetapi lancar di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong menuju Lentang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan