Khairy bertanding jawatan presiden Umno? - Berita Semasa | mStar

Khairy bertanding jawatan presiden Umno?

Diterbitkan: Ahad, 17 Jun 2018 9:57 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin dijangka secara rasmi mengumumkan akan bertanding jawatan presiden Umno.

Sumber berkata Ketua Pemuda Umno itu sedang dalam proses mengemukakan kertas pencalonannya untuk pemilihan parti pada 30 Jun.

Hari ini (17 Jun) adalah hari terakhir untuk penyerahan.

Khairy bakal menentang Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Seorang lagi pencabar setakat yang belum dikenalpasti iaitu ahli perniagaan dan blogger Rahmat Azim Abdul Aziz.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa Khairy adalah calon terbaik untuk jawatan itu kerana Umno kini dianggap sebagai parti dalam kekacauan dan tidak ada arah dalam perjuangannya.


Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Presdie , Umno
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan