“Mohon sedikit ruang untuk tunai semua janji” - TPM - Berita Semasa | mStar

“Mohon sedikit ruang untuk tunai semua janji” - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2018 5:00 PM

wan azizah

Dr Wan Azizah. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menunaikan semua janji manifeso dalam 100 hari atas faktor hutang negara.

“Kita ada masalah kewangan dan perlu bayar hutang. Jika dahulu kita tidak tahu sejauh mana masalah ini (hutang negara) berlaku. Sekarang kita sudah mendapat tahu masalah ini dan kita mohon sedikit ruang untuk tunai semua janji dalam 100 hari,”  katanya ketika ditemuramah dalam lintas langsung rancangan Bernama News di Bernama News Channel pada Jumaat.

Lintas langsung tersebut bersiaran dari Seri Perdana, Putrajaya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2018.

Bagaimanapun katanya, kerajaan PH telah menunaikan beberapa janji yang telah dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar dan menstabilkan harga minyak.  

Dalam pada itu Dr Wan Azizah turut melahirkan rasa gembira dan bersyukurnya kerana setelah sekian lama beliau dan keluarga dapat meraikan Aidilfitri bersama suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dibebaskan dari penjara.  

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menyeru rakyat Malaysia supaya terus menjaga keamanan dan perpaduan di negara ini walaupun terdiri dari pelbagai kaum dan agama.  

“Kita ini unik. Negara kita terdiri dari rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Itu aset yang mesti kita pelihara, pupuk dan perbaiki. Dunia telah menyaksikan kita dapat menukar kerajaan (Barisan Nasional) yang sudah 61 tahun itu dengan aman dan tenteram,” katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Dr Wan Azizah , manifesto , Pakatan Harapan
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan