Tengah hari: Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama - Berita Semasa | mStar

Tengah hari: Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2018 1:58 PM

Trafik di Plaza Tol Gombak sekitar jam 12 tengah hari. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan setakat 1 tengah hari berikutan orang ramai yang mula pulang ke kampung halaman masing-masing menjelang sambutan Aidilfitri esok.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata di utara trafik perlahan sepanjang 10 kilometer (km) di Sungai Petani Utara menuju ke Gurun berikutan kemalangan maut di km 85.0 melibatkan sebuah motosikal.

Menurutnya, trafik turut bergerak perlahan di Kuala Kangsar menuju Changkat Jering, Jelapang ke Terowong Menora, Tapah ke Gopeng, Bidor ke Tapah dan Slim River menuju Sungkai.

"Trafik di arah selatan masih lagi terkawal dan lancar kecuali di Senai Utara menuju Kulai dan di Tambak Johor dari Singapura menuju Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 bergerak lancar dan terkawal setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik.
-Bernama

Tags / Kata Kunci: trafik , lebuh raya Plus
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan