Umat Islam sambut Aidilfitri esok - Berita Semasa | mStar

Umat Islam sambut Aidilfitri esok

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2018 9:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok (Jumaat), demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Khamis malam.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 15 Jun 2018," katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Hari Raya Aildilfitri , Jumaat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan