Jho Low sedia jumpa SPRM - Berita Semasa | mStar

Jho Low sedia jumpa SPRM

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2018 9:40 AM

Jho Low

Jho Low.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Low Taek Jho yang dikehendaki berhubung siasatan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB), telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan diberikan perlindungan saksi.

Sumber berkata Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, sedia bertemu dengan penyiasat di Dubai dan menyampaikan hasrat itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi peguamnya.

Tarikh pertemuan antara peguam Low dan SPRM di dubai belum ditetapkan.

Peguam-peguam tersebut dari Kobre & Kim, firma yang berpangkalan di New York dengan mengkhususkan siasatan rentas sempadan.

Sementar itu, sebuah portal berita melaporkan peguam Low telah menghantar emel kepada SPRM, bagi mengadakan pertemuan di Dubai.

Low dilaporkan merupakan individu penting dalam aliran keluar dana oleh 1MDB ke luar negara.

Dana tersebut didakwa digunakan untuk membeli aset, termasuk barang kemas, lukisan dan barangan mewah lain.

Pihak berkuasa Malaysia dan Singapura mengeluaran waran tangkap ke atas Low yang disenaraikan sebagai individu dikehendaki sejak 2015, cuba mengelakkan diri daripada disiasat berhubung pengeluaran berbilion ringgit dari 1MDB.

1MDB merupakan dana yang disokong oleh Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pihak berkuasa Malaysia percaya bahawa Low berkunjung ke beberapa tempat seperti China, Hong Kong, Taiwan dan Macau, dan beberapa negara Timur Tengah, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengelakkan tangkapan.

Minggu lalu, The Star melaporkan bekas pengarah SRC International, Datuk Suboh Md Yassin yang turut disenaraikan sebagai orang dikehendaki, menyerah diri kepada SPRM selepas pulang dari luar negara.

Beliau mendapat perlindungan saksi sepenuhnya selepas keterangannya diambil.

SRC International merupakan anak syarikat 1MDB.

Firma tersebut didakwa memindahkan sebanyak RM42 juta ke akaun bank milik Najib.

Tags / Kata Kunci: Jho Low , SPRM , 1MDB , SRC International
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan