Shahidan alami strok ringan - Berita Semasa | mStar

Shahidan alami strok ringan

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Ketua Umno Perlis dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim mengalami strok ringan.

Setiausaha Umno Negeri, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata Shahidan mengalami strok beberapa hari lalu.

"Beliau tidak terlantar sakit, tetapi  strok telah mempengaruhi pergerakan dan berehat sepenuhnya " kata Zahidi.

Shahidan merupakan Menteri Besar Perlis dari tahun 1995 hingga 2008 dan kemudian menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri, jawatan yang dipegangnya sehingga Pilihan Raya Umum pada 9 Mei lalu.

Tags / Kata Kunci: Shahidan Kassim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan