Merokok dalam bilik hotel, Iskandar bakal berdepan tindakan - Berita Semasa | mStar

Merokok dalam bilik hotel, Iskandar bakal berdepan tindakan

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 8:58 AM

Iskandar Zulkarnain Zainuddin. Foto AZLINA ABDULLAH

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan badminton, Iskandar Zulkarnain Zainuddin bakal berdepan dengan tindakan kerana merokok semasa saingan Piala Thomas.

Difahamkan Iskandar dan Mohd Arif Abdul Latif disoal kerana merokok, susulan hotel rasmi yang menempatkan pasukan Malaysia di Bangkok menghantar bil menuntut bayaran disebabkan kerosakan kecil di bilik mereka.

Iskandar dan Arif merupakan pemain pasukan dalam Piala Thomas yang terkandas di peringkat suku akhir pada bulan lalu. 

Iskandar bermain sebagai pemain perseorangan ketiga namun gagal memberikan persembahan terbaik ketika menentang Denmark dalam saingan kumpulan.

Arif digugurkan daripada skuad regu lelaki di bawah ketua jurulatih, Cheah Soon Kit pada Isnin dalam satu sesi latihan manakala pemain nombor 50 dunia, Iskandar kini berada di tangga ketiga di belakang pemain nombor 7 dunia, Lee Chong Wei dan Lee Zii Jia (45) di bawah ketua jurulatih, Datuk Misbun Sidek.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria tidak bertolak ansur terhadap tindakan merokok dan berjudi dalam skuad kebangsaan sejak beliau mengambil alih kepimpinan itu pada April lalu.

Malah, salah seorang pemain muda yang merupakan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) digantung selama tiga bulan gara-gara terlibat dengan aktiviti perjudian.

BAM begitu ketat dengan isu-isu disiplin yang lain apabila mereka menghantar memo kepada pemain regu Goh V Shem dan Goh Soon Huat meluahkan kekecewaan di Instagram dengan mempertikai ketidakhadiran orang kenamaan ketika aksi penentuan pingat gangsa dalam Sukan Komanwel Gold Coast, pada April lalu.

Difahamkan, isu merokok dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa latihan dan kejurulatihan (C&T) BAM minggu lalu tetapi tidak jelas sama ada keputusan mengenai sudah dibuat.

Kepimpinan tertinggi mengadakan mesyuarat berasingan dengan para pemain selepas itu tetapi tidak pasti apakah pemain diberikan peringatan.

Bagaimanapun pada Selasa, salah seorang ahli majlis BAM mengesahkan insiden merokok pemain telah dibincangkan pada mesyuarat C&T minggu lalu tetapi memberitahu bahawa keputusan belum dibuat.

Beliau berkata, perkara tersebut akan dibincangkan semasa Terbuka Malaysia dari 26 Jun hingga 1 Julai ini di Arena Axiata, di mana semua ahli C&T dijangka hadir.

Pengerusi C&T adalah Datuk Ng Chin Chai, yang mengambil alih jawatan daripada Norza pada mesyuarat terakhir.

"Keputusan mengenai isu merokok ini akan dibuat selepas Hari Raya. Ini adalah kes disiplin kerana kita telah mengingatkan pemain kami berulang kali mengenai pendirian kita terhadap aktiviti merokok dan perjudian," katanya.

"Ujian akan dibuat pada masa akan datang bagi memastikan pemain bebas rokok. Kita telah melakukannya sebelum ini tetapi kita akan bertindak dengan lebih efektif pada masa akan datang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Iskandar Zulkarnain Zainuddin , BAM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan