Jabatan Peguam Negara terima kertas siasatan 1MDB dari SPRM - Berita Semasa | mStar

Jabatan Peguam Negara terima kertas siasatan 1MDB dari SPRM

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2018 6:48 PM

Tommy Thomas.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara telah menerima kertas siasatan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa, kata Peguam Negara, Tommy Thomas.  

Dalam satu kenyataan, Thomas berkata, Jabatan Peguam Negara memerlukan masa untuk mengkaji kertas siasatan tersebut tetapi menghargai tindakan segera dan sensitiviti tugasnya.  

"Untuk melaksanakan tugas kami dengan efektif, saya telah melantik satu pasukan untuk mengkaji kertas itu dengan tujuan untuk kemungkinan memulakan pendakwaan jenayah dan satu lagi untuk mengkaji memulakan prosiding sivil,” kata beliau.

Beliau berkata, anggota kedua-dua pasukan terdiri daripada timbalan pendakwa raya dan peguam kanan persekutuan berpengalaman yang akan melaporkan terus kepada beliau.  

Thomas juga berkata, beliau baru sahaja memohon Bantuan Perundangan Bersama dari Switzerland, Amerika Syarikat, Perancis dan Emiriah Arab Bersatu dan berharap mendapat bantuan dan menjalin kerjasama dengan mereka. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Tommy Thomas , 1MDB , SPRM , Jabatan Peguam Negara
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan