Jho Low sembunyi di Macau - Berita Semasa | mStar

Jho Low sembunyi di Macau

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2018 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai sedang bersembunyi di Macau, lapor The Malaysian Reserve.

Difahamkan pihak berkuasa Malaysia tidak dapat menahan Jho Low kerana negara ini tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Macau, kata akhbar itu yang memetik sumber kerajaan.

Jho Low, didakwa dalang di sebalik skandal multi bilion dolar 1MDB.

Pada 8 Jun lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Jho Low sedang bersembunyi di sebuah negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengeluarkan waran tangkap ke atas Jho Low dan Pengarah SRC International Berhad, Nik Faisal Ariff Kamil.

Tags / Kata Kunci: Jho Low , 1MDB
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan