Wanita maut gara-gara lari daripada serbuan - Berita Semasa | mStar

Wanita maut gara-gara lari daripada serbuan

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2018 11:27 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Seorang wanita maut setelah terjun dari tingkat tujuh sebuah hotel di Jalan Airport semasa serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Miri pada 8.55 malam Ahad.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata ketika serbuan dilakukan wanita tempatan berumur 31 tahun yang juga seorang penganggur itu berada di dalam sebuah bilik di premis tersebut bersama seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun.

"Semasa menjalankan pemeriksaan di dalam bilik tiba-tiba mangsa bertindak melarikan diri ke arah balkoni sebelum jatuh ke bawah lobi hotel dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Lim berkata polis menjumpai satu peket plastik berwarna biru berisi ketulan dadah disyaki methamphetamine dengan anggaran berat 1.15 gram dan suspek lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Mangsa yang maut patah kedua-dua pergelangan tangan, kaki serta cedera pada belakang kepala dihantar ke Hospital Miri. Semakan polis mendapati mangsa pernah ditangkap berhubung Seksyen 414 Kanun Keseksaan (kesalahan memindah dan menghapus harta curi) dan waran tangkap telah dikeluarkan kerana tidak hadir ke mahkamah Miri," katanya tanpa mendedahkan nama mangsa yang maut itu.- Bernama

Tags / Kata Kunci: maut , terjun hotel
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan