SPRM serbu pejabat SSER - Berita Semasa | mStar

SPRM serbu pejabat SSER

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2018 5:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), syarikat yang menerima dua projek paip bernilai RM9.4 bilion, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan sengaja mengelak pertanyaan utama mengenai skandal saluran paip bernilai RM9.4 bilion dalam kenyataan baru-baru ini mengenai perkara itu.

Jelas beliau, Najib mengeluarkan kenyataan minggu lalu (5 Jun), mendakwa semua prosedur dan proses perundangan berkaitan rundingan serta pelaksanaan dua projek saluran paip itu sudah dipatuhi.

"Dia sengaja tidak memberi perhatian kepada soalan-soalan pokok mengenai skandal saluran paip," kata Guan Eng.

Lim berkata Najib turut mendakwa beliau dan Perdana Menteri China, Li Keqiang menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) bagi projek saluran gas itu bersama beberapa projek lain ketika membuat lawatan rasmi ke Beijing pada 14 Mei 2017.

Najib juga mendakwa China turut memberikan komitmen untuk mengimport barangan bernilai AS$2 trilion bagi tempoh lima tahun dari Malaysia, membuat pelaburan sehingga AS$150 bilion di Malaysia dan menawarkan 10,000 tempat bagi latihan serta pendidikan untuk rakyat Malaysia di pelbagai institut di China.

"Namun semua pegawai yang ditanya telah menyatakan bahawa dakwaan Datuk Seri Najib tidak benar," kata Guan Eng.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , projek paip
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan