Polis serbu 'rumah selamat' didakwa milik Najib - Berita Semasa | mStar

Polis serbu 'rumah selamat' didakwa milik Najib

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2018 2:59 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pegawai polis berpakaian biasa menyerbu sebuah rumah di Precint 10, dipercayai ada kaitan dengan kes 1MDB.

Pegawai-pegawai dari Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman berada di rumah itu sejak pukul 1 petang.

Beberapa kotak telah dikeluarkan dari rumah tersebut dan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah van putih.

Bagaimanapun isi kandungan kotak tersebut belum dapat dipastikan.

Rumah banglo itu berada di Jalan P10C dan hanya terletak 200 meter dari Seri Perdana.

Ia dipercayai milik Bahagian Pengurusan Harta Jabatan Perdana Menteri.

Sebuah portal berita menyifatkan ia sebagai 'rumah selamat' bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pasukan itu dilihat beredar dari rumah tersebut kira-kira pukul 3 petang.

Namun lima pegawai polis dilihat masih berada di sana dipercayai mengawasi rumah terbabit.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Najib Tun Razak , rumah selamat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan