Hassan Merican kembali ke Petronas? - Berita Semasa | mStar

Hassan Merican kembali ke Petronas?

Diterbitkan: Ahad, 10 Jun 2018 10:44 PM

hassan merican

Hassan Merican.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Spekulasi bertiup kencang mengenai Tan Sri Mohd Hassan Merican akan kembali ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sebagai pengerusi baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Mohd Sidek dikhabarkan akan meletakkan jawatannya tidak lama lagi.

Hassan yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dari 1995 sehingga persaraannya pada Februari 2010 mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam sektor tenaga, serta kewangan dan pengurusan.

Turut dipercayai bahawa kontrak Hassan tidak diperbaharui oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baru-baru ini, Hassan dilantik sebagai salah seorang anggota Majlis Penasihat Kerajaan Kerajaan yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga merupakan Pengerusi Sembcorp Marine Ltd dan penasihat kanan antarabangsa di Temasek International Advisors.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan