Bekas pegawai khas MB Johor tanding Ketua Pemuda Umno - Berita Semasa | mStar

Bekas pegawai khas MB Johor tanding Ketua Pemuda Umno

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2018 10:20 AM

Noor Azleen Ambros.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Bekas Pegawai Khas Menteri Besar Johor, Noor Azleen Ambros menawarkan diri sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang bagi sesi 2018-2021.

Menurutnya, beliau terpanggil untuk menawarkan khidmat bagi mengisi tanggung jawab dan amanah bagi jawatan itu.

“Menginsafi keputusan PRU14 baru-baru ini, Umno perlu bangkit untuk memastikan asas, ideologi dan semangat kebangsaan yang mendasari perjuangannya selama ini tidak terkubur.

“Untuk itu, saya dengan penuh rasa rendah diri, menawarkan khidmat bagi mengisi tanggung jawab dan amanah sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang bagi penggal yang akan datang,” katanya seperti dipetik berkata menerusi Facebook Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang pada Jumaat.

Noor Azleen berkata, beliau dan rakan dalam Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang akan bersama membina serta memulihkan semula kekuatan parti melalui beberapa pendekatan dan strategi yang akan diatur.

Katanya, antara pendekatan dan itu adalah mengembalikan Umno agar sinonim dengan bakat dan potensi.

“Memastikan parti memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan berwibawa .

“Agar akhirnya Umno bangkit sebagai sebuah parti yang kuat, berwibawa serta relevan dalam landskap baharu politik tanah air,” katanya. - Sinar Online

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan