PKR Alor Setar buat laporan polis ke atas Shahidan - Berita Semasa | mStar

PKR Alor Setar buat laporan polis ke atas Shahidan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2018 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: PKR Cabang Alor Setar pada Jumaat membuat laporan polis terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim atas dakwaan menghina Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail kerana mempertikaikan pelantikan menteri besar negeri itu.

Laporan dibuat Naib Ketua PKR Cabang Alor Setar, R.Kumara Guru di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini pada  kira-kira  11 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu, katanya laporan itu dibuat berikutan  kesal dengan tindakan Shahidan yang mempertikai keputusan Raja Perlis melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis.

Kemelut politik di Perlis bermula apabila sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN tidak menghadiri istiadat pelantikan dan angkat sumpah menteri besar di Istana Arau pada 24 Mei lepas kerana membantah pelantikan Azlan memegang jawatan itu.

Bagaimanapun kemelut itu berakhir apabila sembilan ADUN BN itu akur dengan keputusan Raja Perlis dan menyatakan sokongan terhadap pelantikan  Azlan sebagai menteri besar pada 5 Jun lepas. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Shahidan Kassim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan