Sesiapa tak tersentuh hati tonton ‘Raya Chin’ memang tak ada perasaan - Berita Semasa | mStar

Sesiapa tak tersentuh hati tonton ‘Raya Chin’ memang tak ada perasaan

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2018 1:38 PM

(Ubah saiz teks)

SYAWAL datang lagi! Maka dengan itu iklan raya dengan pelbagai tema disajikan menerusi pelbagai medium khususnya platform digital.

Ada yang akan membuatkan kita tersenyum, ada juga yang boleh meruntun jiwa.

Kumpulan Media Star (SMG) tidak ketinggalan memeriahkan dunia digital dengan iklan raya bertemakan kemanusiaan.

Antara kerenah rakan sepejabat yang terpaksa diuruskan Chin.

Menerusi Raya Chin iklan berdurasi lebih empat minit itu mengetengahkan budaya judgement yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.

Sikap suka menghukum dan menghakimi sesama manusia tentunya akan membantutkan nilai kemanusiaan dan sahsiah diri insan.

Watak Chin iaitu seorang ketua yang tegas dalam satu unit di sebuah syarikat lakonan Pauline Tan berjaya menjentik emosi penonton yang kebanyakkan pernah berhadapan situasi sama.

Selepas video Raya Chin dimuat naik di semua platform digital SMG, penonton mengakui sikap ketua yang menjengkelkan sememangnya wujud dalam masyarakat.

Sebahagian tenaga produksi dalaman Kumpulan Media Star ketika proses pengambaran di Menara Star.

Lebih buruk apabila Chin terpaksa berhadapan pelbagai kerenah kakitangan seliaannya - juga sering ditemui dalam kehidupan seharian.

Percayalah, Pauline yang juga bekas peserta Miss Malaysia 2015 mendapat pujian yang tinggi daripada netizen dengan wataknya yang garang dan bengis.

Bayangkan apabila dia langsung tidak 'beri muka' kepada rakan sepejabatnya walaupun mereka penat berpuasa.

Proses pengambaran turut dijalankan di sekitar Taman Tun Dr Ismail.

Namun iklan arahan Penyunting Video mStarTV, Tuan Hafis Tuan Ludin bersama tenaga produksi dalaman ini berjaya membuka mata penonton menerusi teknik twist ending yang diketengahkan.

Apakah nasib para pekerja di bawah seliaan Chin? Adakah mereka akan beraya di pejabat kerana cuti tidak diluluskan?

Semuanya akan terjawab selepas anda menonton Raya Chin yang kini mendapat lebih 30,000 tontonan di YouTube dalam masa dua hari sejak ia disiarkan pada 4 Jun lalu.

Tags / Kata Kunci: Iklan Raya 2018

iklan

WAKTU SOLAT

13-November-2018 | 05 Rabiulawal, 1440

    iklan

    Iklan