Lavida Raya buah tangan DSV ala-ala bajet 'ciput' - Berita Semasa | mStar

Lavida Raya buah tangan DSV ala-ala bajet 'ciput'

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2018 10:40 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Muzik video 'Lavida Raya' nyanyian Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida trending di YouTube hanya selepas 16 jam pelancaran single kedua pengasas kecantikan Vida Beauty itu.

Malah muzik video sempena Aidilfitri itu turut mendapat lebih 300,000 tontonan sejak dimuatnaik pada Jumaat lalu.

Vida ketika dihubungi mStar Online meluahkan rasa terkejut dan bersyukur di atas sokongan orang ramai terhadap lagu baharunya itu.

"Saya sebenarnya terkejut kerana tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk lagu ini. Alhamdulillah, syukur kerana lagu ini mula diterima ramai," katanya.

Pada masa sama, Vida turut meluahkan rasa bimbang sekiranya lagu itu akan dikecam hebat seperti single pertamanya, I am Me.

"Muzik video ini dihasilkan dengan bajet sederhana, jadi saya risau jika ia dikecam dan dibandingkan dengan I am Me yang menelan belanja besar tapi tidak mencapai target yang saya mahukan," katanya.

Ditanya mengenai kos penghasilan muzik video itu, Vida enggan mendedahkan jumlah sebenar yang dilaburkannya.

"Dulu saya target besar RM100 juta, pergilah spend ... last-last  tak menjadi. Jadi kali ini saya spend ala-ala kadar, bajet-bajet ciput ," katanya.

Antara scene tarian dalam muzim video Lavida Raya.

Usahawan kosmetik itu berkata, beliau mensasarkan muzik video itu mendapat jumlah tontonan sebanyak 20 juta dalam tempoh sebulan.

"Saya target 20 juta tontonan dan kalau boleh trending sampai habis raya. Boleh sayang-sayang bantu saya?," katanya.

Ditanya mengenai keistimewaan single terbaharunya itu, Vida berkata ia adalah 100 peratus suaranya tanpa suntingan.

"Ini suara saya yang original tanpa diedit-edit, suara yang keluar lagi okay," katanya.

Vida berkata pembikinan muzik video itu dilakukan dirumahnya dengan menggunakan penari daripada kalangan kenalannya sendiri serta turut menampilkan dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak.

"Semua scene dibuat di rumah saya sehari sebelum 1 Ramadan. Menerusi muzik video ini banyak perkara yang saya perbaharui, saya boleh menari selain melibatkan Cik B, Kacak, kenalan dan juga staf-staf saya," katanya.

Ditanya mengenai cerita disebalik lagu tersebut, Vida berkata ia berkisar dengan kemuafakatan dan juga kasih beliau antara keluarga dan juga kakitangan Vida Beauty.

"Saya sebenarnya sugul tak nak buat muzik video ni sebab kecewa dengan (muzik video) I am Me. Namun staf saya beri sokongan dan sanggup bantu menjayakannya. Mereka carikan budak-budak, pastu semua masak. Ia mengenai kekeluargaan," katanya.

Lavida Raya merupakan lagu genre rancak hasil ciptaan komposer dan penyanyi Cat Farish manakala lirik ditulis Mohd Hilmi.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Vida , Lavida Raya
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan